March 19, 2012

Macam Macam

Black Forest

Alhamdulillah. En Suami menyukainya.





Aileen Dan Suhaimi

 Tetamu yang di undang. Di jamu dengan Pavlova. Alhamdulillah, they love it.



Mesra Mall

12 Mac baru ni bawa anak anak ke Mesra Mall. Jalan jalan mencari apa yg perlu. 





March 17, 2012

??

Nak upload gambar dari ipad..tapi masih belum ada kesudahan. Tak fahamla nak buat mcm mana..huhu

March 11, 2012

Anak Anak

Fatin dan Ammar.






Irfan n Ibu's Day Out





Taken by my boy.



Makcik Gomok. =))


Pavlova

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah swt, dengan izinnya, maka terciptalah desert yg sedap ini. First attempt, dah jadi. Sedap. Cuma next time, kurangkan gula n whip cream.





Saya sangat suka makan ini. Tapi..gomoklaaa. =))

March 09, 2012

Wah Wah Wah


Assalamualaikum warahmatullah.

Lamanya tak bersiaran. Takpelah, bukan glamer pun blog ni kan. Hihi. Gambar di atas menampakkan bahawasanya saya makin gomok. Ke sebab pakai tudung and lipat macam makcik tua, hmm..apa apalah. Allah bagi rupa begini pun, alhamdulillah. Lagi mau komen. =))

Buat IDA my fren, selamat maju jaya yer sambung blajar nanti. 



Okeh. Gambar di atas di ambil pada 7 Mac yg lalu, ketika menyampaikan ceramah 5S. Malu i. =))


Ruper UiTM chendering dari kafe. Cantik awan time tu, tapi mcm tak cantik je i snap. =))


Hari ni alhamdulillah, dgn izinnya, berjaya memasak 20 biji cupcakes. Red Velvet. Rezeki utk kak liza rakan sekerja dan juga utk ibu saudara suami di undang. Hope they'll enjoy the taste of RV with the cream cheese frosting.


While baking.


After been frost. 


Enjoice!!


Pavlova is on the way. First attempt. Moga di izin Allah utk merasai pavlova buatan sendiri yg sedaapp. :)

March 29, 2011

Kisah Baju Warna Merah


Kisah ini, kisah pada tahun 2008. Kisah baju merah ni saje jer, dah takde cerita nak kabo. Cumanya, nampak tak, dulu i kurus skit kan kan kan..Tapi lenim, ibaratnya, exercise itu tersangatla perlu. Okay, no more words to say, the end.



Mesin Basuhku

Hari ni nok cakap hal mesin basuh plok. Baru ni mesin lama rosak, habis hayat setelah 6 tahun di kerah untuk bekerja sebagai pencuci baju di rumahku. Nyakyer plok ke dia, kena ketuk sokmo di tuan, ekpom, kjap kjap mapuh, kjap jap mapuh, wakaka. Namun, setelah di ketuk selama beberapa hari, akhirnya kami mengalah. Dan En. suami pun berkata, 'ini masanya untuk kita membeli mesin basuh baru'. Yahoooo...dlm hati, mujur baru. Tidok gop, letihla nok kena basuh baju secara manual. Kurusla i. So, di sini, i nak memperkenalkan our new family member, samsung apa tah namanya. Hopefully Encik Samsung ikhlas berkhidmat dengan kami, at least, utk 10 tahun..hahahha..wat nyakyer ke barang ngoh. En. Samsung, sila perkenalkan diri yer:


Biasala kan darling, seronok bila dapat barang baru. Tapi, En. Samsung yang lama masih ada lagi. X taula En. suami nak buat apa dengan dia.  Barang lama kan, huduh dah la hihi. En. Samsung lama, sila perkenalkan diri juga yer, jgn malu-malu, banyak jasa u pada i tau. Walaupun u dah cacat, nah, a french kiss for u, mmmuuuaahhh. Wakaka.


Till we meet again, babai.

March 22, 2011

French Kiss

Hehe. Tajuk pun dah seksi. Ehem, tapi i bukan nak criter pasal kiss yer, bukan, tidak sekali kali. Tapi nak cerita pasal Film ni. A romantic Comedy, set primarily in France pada tahun 1995. Pelakonnya, Meg Ryan and Kevin Kline. First time tengok pada tahun 1998, terus terjatuh cinta, bukan pada Kevin Kline yer, tapi pada kisah cinta antara dua insan yg secara tak sengaja terjatuh cinta. Owh, how i wish that my Love story was like them. Tapi, apakan daya, i duk Malaysia u, bukan France.

Banyak lagi cerita yg i still ingat, contohnya Pretty Woman, The Bodyguard, Sleepless in Seattle , Elegy, Knight and Day, tak kiralah, romantic comedy ke, sad ke, thriller ke, janji ada part yg boleh menyentuh perasaanku yg jiwang ini. Sesungguhnya, i ni mudah menitiskan air mata. My hubby, kalau ada cerita terbaru yg dia download, kalau cerita cam drama jer, dia mesti kata, haaa, ibu, ni cerita ibu suka ni. My darling, not all dramas tu i suka. Ada yg x best. Tak semuanya ada unsur romantic. Tapi yg betul betul melekat dalam hatiku sampai sekarang ni, citer french kiss ni la. Suka sangat. Nanti ada masa, nak download kat bit torrent lah. Boleh ingat balik perasaan 13 tahun yg lepas. First time tengok, terus jatuh cinta.


Kahwin..Nak ke tak nak?



Gambar di atas hanya hiasan je ye sahabat semua. I have no comment for that. Ok, berbalik kepada isu di atas, 'KAHWIN', siapa yg belum, sila angkat tangan. Owh, you, you, you and you. Hmmm, ramai yer. Haaa, itula yg terjadi yer di zaman berteknologi tinggi ni, cer pergi kat FKE, agak agak, ramai tak pensyarah wanita yg masil belum berkahwin, sedangkan umur dah nak cecah 30 tahun. Okla, senang kira, kalau utk satu UiTM ni, agak2 ramai mana yg belum berkahwin. Ramai yer tuan2 dan puan2. Takper, x perlu sakit kepala, jangan pulak nak sibuk tanya diorg, bila you nak kawin? Tak perlu yer. Tak perlu.

Perkara ni, bukan salah sape sape. Apatah lagi salah Allah s.w.t. Saya percaya, jika jodoh tu ada, x kemananya. Reflek kepada ayat tadi, maknanya, kalau jodoh itu tiada, itu yg tak berkahwin tu. Tak semua wanita tak nak kawin yer tuan2. Ramai wanita nak berkahwin, takde nyer yg tak terliur tengok org kelek anak masing-masing. Gi family day tayang suami. Senyum dan ketawa pun ala ala manja gitu.

Makanya, buat sahabat2 ku, jika anda belum mendirikan rumahtangga, dun worry, Allah s.w.t itu maha mengetahui segalanya, jangan mengeluh yer, jangan juga jeles pada diriku, sbb apa saja yg berlaku dalam hidup kita, itulah perkara terbaik yg di beri oleh Allah s.w.t. Setiap apa yg di ingini, tak semua kita boleh dapat. Bersyukurlah dengan apa yg kita ada, habiskan ruang masa yg ada ini, dengan amal dan taqwa kepadaNYA. Insyaallah, walau kita ni dah takde sape sape pun dlm dunia ni, ayah takde, mak takde, adik abang kakak pun takde, apatah lagi suami dan anak, ingatlah, Allah senantiasa ada untuk kita bermanja. Berdoalah padanya, moga di beri kesabaran atas ujian ini dan jika kita memang tidak di takdirkan untuk mana mana lelaki di atas muka bumi ini, dun worry, kita masih ada kekasih yang sayangkan kita sebagai umatnya, iaitu Rasulullah s.a.w. Kasih sayang Allah, kasih sayang Rasul, akan kekal selamanya, untuk kita semua.