March 22, 2011

Kahwin..Nak ke tak nak?



Gambar di atas hanya hiasan je ye sahabat semua. I have no comment for that. Ok, berbalik kepada isu di atas, 'KAHWIN', siapa yg belum, sila angkat tangan. Owh, you, you, you and you. Hmmm, ramai yer. Haaa, itula yg terjadi yer di zaman berteknologi tinggi ni, cer pergi kat FKE, agak agak, ramai tak pensyarah wanita yg masil belum berkahwin, sedangkan umur dah nak cecah 30 tahun. Okla, senang kira, kalau utk satu UiTM ni, agak2 ramai mana yg belum berkahwin. Ramai yer tuan2 dan puan2. Takper, x perlu sakit kepala, jangan pulak nak sibuk tanya diorg, bila you nak kawin? Tak perlu yer. Tak perlu.

Perkara ni, bukan salah sape sape. Apatah lagi salah Allah s.w.t. Saya percaya, jika jodoh tu ada, x kemananya. Reflek kepada ayat tadi, maknanya, kalau jodoh itu tiada, itu yg tak berkahwin tu. Tak semua wanita tak nak kawin yer tuan2. Ramai wanita nak berkahwin, takde nyer yg tak terliur tengok org kelek anak masing-masing. Gi family day tayang suami. Senyum dan ketawa pun ala ala manja gitu.

Makanya, buat sahabat2 ku, jika anda belum mendirikan rumahtangga, dun worry, Allah s.w.t itu maha mengetahui segalanya, jangan mengeluh yer, jangan juga jeles pada diriku, sbb apa saja yg berlaku dalam hidup kita, itulah perkara terbaik yg di beri oleh Allah s.w.t. Setiap apa yg di ingini, tak semua kita boleh dapat. Bersyukurlah dengan apa yg kita ada, habiskan ruang masa yg ada ini, dengan amal dan taqwa kepadaNYA. Insyaallah, walau kita ni dah takde sape sape pun dlm dunia ni, ayah takde, mak takde, adik abang kakak pun takde, apatah lagi suami dan anak, ingatlah, Allah senantiasa ada untuk kita bermanja. Berdoalah padanya, moga di beri kesabaran atas ujian ini dan jika kita memang tidak di takdirkan untuk mana mana lelaki di atas muka bumi ini, dun worry, kita masih ada kekasih yang sayangkan kita sebagai umatnya, iaitu Rasulullah s.a.w. Kasih sayang Allah, kasih sayang Rasul, akan kekal selamanya, untuk kita semua.



No comments:

Post a Comment